JIKA HOMESTAY INI PENUH..KAMI RECOMMEND HOTEL INI KEPADA ANDA.



(SILA KLIK PADA LINK DI ATAS JIKA INGIN MEMBUAT TEMPAHAN)




HK menyediakan suasana yg amat kondusif dan selesa, sesuai utuk penginapan anda. HK lengkap dengan pelbagai kemudahan yang pasti membuatkan anda terasa seperti berada di rumah sendiri.



    HK: Ruang tamu


HK berada di kawasan kampung Tunjong, justeru sesuai bagi mereka yg mahu lari dari kesibukan kota. Suasana tenang di kampung Tunjong pasti menjajikan kepuasan, sekaligus melengkapkan percutian unik anda di Kelantan.


     HK: Master bedroom


HK terletak di kawasan yang amat strategik dengan tempat- tempat menarik di Kelantan. Malah HK mudah dicari bagi mereka yg baru pertama kali menginap di sini kerana kedudukan yg terletak berhampiran jalan utama ke Kota Bharu.


    HK: Dapur


HK menjadi penginapan pilihan berbanding hotel standard kerana anda akan mendapat lebih privasi dan selamat. Kelebihan utama HK terletak pada harganya yg murah berbanding homestay lain.


     HK: Ruang Istirehat


Lokasi:

HK terletak di Mukim Tunjong- hanya 18 minit untuk sampai ke Kota Bharu. Kedudukan HK juga berhampran dengan tempat- tempat tumpuan dan destinasi menarik di kelantan. Antaranya:


DZ Supermarket
Kemudahan dalam lingkungan 1 km

·         Stesen Minyak Petronas (ada ATM)

·         Klinik Wakaf Siku

·         DZ supermarket

·         Bank Islam

·         McDonald



KB Mall
Membeli- belah
·           Pasar Malam Wakaf Che yeh : 8 minute-drive

·           KB Mall : 14 minute-drive

·           Bazaar Tok Guru : 16 minute-drive

·           Pasar Besar Siti Khadijah : 18 minute-drive

·           Pengkalan Kubor : 27 minute-drive




Pantai Cahaya Bulan
Destinasi Tumpuan



·      Taman Air Splash
( Taman Indera Putera ) : 11 minute-drive

·      Kampung Kraftangan : 17 minute-drive

·      Kota Sultan Ismail Petra : 18 minute-drive

·      Pantai Cahaya Bulan (PCB) : 30 minute-drive



MRSM Pengkalan Chepa
Tempat Pengajian
·                   MRSM Pasir Tumboh : 12 minute-drive

·                   Cosmopoint International

·                   College of Technology: 21 minute-drive

·                   Politeknik KB : 22 minute-drive

·                   MRSM Pengkalan Chepa : 27 minute-drive

·                   UMK, Jalan Pengkalan Chepa : 28 minute-drive

·                   SMS Machang : 30 minute-drive



LOKASI HK

Koordinat: U   06º 02’ 54”       T  102º 14’ 15”


View Homestay Kelate in a larger map






Bagaimana untuk menghubungi kami?


Alamat                                                           

Homestay Kelate-HK                               

Kg. Tunjong KM8,                           

Jalan Kuala Krai,

Belakang Wan Daud Trading,

15050, Kota Bharu,Kelantan                                                                                 



Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi:                                                                        

En. Zull: 019- 7600285                                                                 


 
En. Idi: 014- 8487639/ 014- 8427295                                                                                                                               

 




Kemudahan yang disediakan:


  • Airconditiner
  • Ruang tamu dan ruang rehat yang luas
  • 2 Bilik Air
  • 3 Bilik Tidur
  • Peti Sejuk
  • Dapur
  • Mesin Basuh
  • Sterika
  • Televisyen
  • Pemain DVD
  • Meja Makan
  • Sofa
  • Ruang Parking yang Luas




KALENDAR SEWA





terbitan:




CABARAN PENGURUSAN HOMESTAY/GUEST HOUSE/MOTEL/VILLA
KARENAH DAN CABARAN PENGURUSAN HOMESTAY/GUEST HOUSE/MOTEL/VILLA .
AL KISAH :
Telah hampir 15 tahun saya menguruskan apa yang dipanggil dari mulanya homestay , kemudian ditukar kpd guest house - inapan-motel-villa-hostel . Nama-nama direka mengikut kesusuaian perniagaan yg dijalankan . Pada mulanya saya menyewa satu rumah utk satu kumpulan saja . Tak kisah lah samaada utk satu famili atau apa-apa kumpulan baik kerajaan atau swasta utk menginap dan bermalam di rumah yang di panggil homestay / guest house ni . Bermacam-macam nama saya reka pd masa tu . Disebabkan ia adalah homestay , segala kemudahan asas spt dapur , peti ais , mesin basuh , tv dan perabut disediakan. Sewa semalam utk sebuah rumah adalah sekitar RM 200 - RM 250 .
DARIPADA SEWA SEBUAH RUMAH TUKAR KPD SEWA BILIK-BILIK  DAN DITAMBAH DGN PERKHIMATAN DOBI .
Permintaan utk sewaan sebagai homestay diterima pada hujung minggu sahaja . Kadang-kadang ada dan kadang-kadang tiada . Olih yg demikian ilham datang utk menyewa bilik-bilik ber aircond , rumah diubahsuai dari 3 bilik menjadi 8 bilik dengan dilengkapi bilik air utk tiap-tiap bilik . Utk tujuan ini , ruang dapur , dewan makan dan ruang tamu dijadikan bilik . Mesin basuh tidak disediakan sbb saya telah membeli mesin basuh 2nd hand dgn harga RM 5K diletakkan disatu sudut dan dicajkan kpd pelanggan yg datang membasuh .
Alhamdulillah …cara menyewakan bilik-bilik dan memberi perkhidmatan dobi mendapat sambutan . Olih kerana sambutan adalah menggalakkan ,tahun berikutnya bisnes perlu berkembang ……. rumah jiran yang disewakan telah saya tawarkan dgn harga yg lebih RM 40K dari harga pasaran . Rumah diubahsuai dari 3 bilik dijadikan 8 bilik juga dilengkapi bilik air dan aircond utk tiap-tiap bilik . Jadilah 16 bilik semuanya .
Dengan tak disangka juga perkhidmatan dobi mendapatan sambutan hangat dari pelanggan yg menginap dan juga masyarakat setempat . Maklumlah bisnes dobi saya dibuka 24 jam . Pelanggan bolih dtg bila-bila masa . Inilah kelebihan saya , staf yg ada 3 shift dpt memberi perkhidmatan ini . Staf bekerja 2 in 1 ( urus dobi dan urus penginapan .. kos jimat ). Saya kemudian korbankan 2 bilik rumah pertama utk dijadikan kedai dobi . Kelengkapan mesin dobi ditambah dari RM 5K kepada RM 150K  dengan menggunakan wang OD .
APA JADI SETERUSNYA .
Tuan rumah jiran yg bersebelahan yg menyewakan rumahnya , menawarkan kepada saya supaya membeli rumahnya dgn harga RM 45K lebih dari harga pasaran ( harga pasaran ketika itu RM 220K , tp dia ingin menjualnya dgn harga RM 265K ) . Apa lagi , bisnes saya perlu berkembang . …..cash flow dibuat ….ooooo it is very viable business sbb kos pengurusan saya rendah ….rumah-rumah semua berdekatan-----easy to manage . Terus saya setuju beli tunai (dgn cara refinace rumah 1 dan 2 yg telah naik nilainya)….apa lagi rumah 3 bilik ni juga diubahsuai menjadi 8 bilik . Jadilah 22 bilik sewaan semuanya . (2bilik korban jadi kedai dobi) .
CABARAN DARI KERENAH PELANGGAN PENGINAPAN ---ini yg nak saya cerita sebenar nya …..
Menyewa bilik-bilik  spt penginapan hotel ni bukannya senang spt yg disangkakan . Byk betul cabarannya hingga saya dpt darah tinggi dibuatnya . Tak tidur mlm dibuatnya . Apabila staf kita sepatutnya berkerja malam , dia tertidur pula .tgh nyenyak tidur Hpone kita pula berbunyi . Ada org ingin cek in walaupun jam dah pukul 3 pagi . Maklumlah kita menerima pelbagai kerenah pelanggan . Adalah yg betul ingin bermalam atau berehat dan ada juga yg bermasaalah yg sukar utk ditapis dan ditepis .
Pelanggan yg betul …Alhamdullillah …. pelanggan yg tak betul … Masya Allah … ada pelanggan ingin membuat maksiat di tempat kita . Kita nak cari duit dgn cara yang HALAL. . Amat sukar utk trace siapa pelanggan kita pd mulanya . Masa mendaftar tak kira siapa , semuanya elok belaka … sewa dibayar terus ….tiada tawar menawar . Maklumlah sewa yg saya caj hanya sekitar RM 40 - RM 70 …ikut keluasan dan jenis bilik .
Selepas cek in baru kita tau … pergerakan pelanggan kita perhatikan …masa daftar dtg seorang ….bila masuk kemudiannya dtg berdua ….yg mencurigakan kita tahan tak bagi masuk walaupun kunci telah diberi ….kita tanya siapakah gerangan yg dibawa bertudung bersopan santun ….bini kah atau kawan kah ? Jika jawapan dlm keadaan tak spontan terus kita tanya detail ….terus beritau ---itu kawan --- terus kita tak bagi masuk dan wang dipulangkan. Nak tau pelanggan yg bigini rata-rata melayu tak kira umur …dari 20han hingga ke 50han. Perwatakan amat baik , lembut dan bersopan santun . Mana kita sangka , kadang-kadang juga masa daftar dtg berdua dgn cara elok …perempuan bertudung …lelaki .berpakaian kemas …tak disangka bukan laki bini . Kita dapat tau dari pergerakan lain mcm semasa nak pergi bilik … susah nak cari laki bini yg lebih mesra masa berjalan ……selalunya tabiat melayu kita , masa bercinta berpegangan tangan …selepas berkahwin bila berjalan , hang jalan dulu aku ikut belakang .Cuma org yg ada agenda yg bolih berbuat demikian …… apa yg kami buat …. kami katuk pintu dan tanya siapa gerangan kawan yg dibawa …isteri kah ….dpt maklumat yg betul , kami halau keluar …
Apa tindakan kami selepas itu utk menepis masuk wang yg tidak HALAL ini ?
Selepas itu arahan dibuat kepada kakitangan … sesiapa yg ingin menginap tanpa booking dan beralamat kawasan sekitar Alor Setar , Changloon , Jitra , Kodiang , Gurun , Pendang dll berdekatan tidak bolih menginap ditempat kami. …Skg masaalah sedemikian tiada dlm diari saya ….dah lebih 3 tahun , rumah penginapan ni dijadikan hostel utk student-student ….Alhamdulillah….. terima sewa bulanan dgn tenang ...
Ada byk cabaran dan dah jd kenangan yg tak dpt saya coretkan di sini …….mungkin lain masa lah ….

credit to:
http://saadonyeop.blogspot.com/

Image and video
hosting by TinyPicMalaysia-Homestay